Monday, February 15, 2010

Sejahtera..Hendaknya..

Sejahtera kepada.. semua...
Pelbagai masalah...pelbagai cara penyelesaiannya...moga kita bijak menanganinya...
walhal perkara apa jua sentiasa... ada penyelesaian...
ku.... kembali lagi.......

Thursday, August 6, 2009

7 wasiat raja Melayu

7 wasiat raja Melayu


Salam Sejahtera ....
Memang menarik wasiat oh wasiat..
For Refreshing our memories.....

Ampun tuanku Sembah patik harap diampun..ingatan dari tuanku amat-amat dihargai.

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

- UMNO online..

Friday, July 31, 2009

Sejahtera kpd semua...

ambe berpesan kepada diri ambe serta sendiri anakcucu ambe...pada masa sekarang apabila badan kita terasa bagaikan hendak demam ..elok lah kita berjumpa dengan doktor..janganlah berpendirian .....ah...takpe...demam.....biasa je...(H1N1)...

Lebih kuranglah juga dengan isu ISA dan demonstratornya...mana boleh takpe....kan elok dikuarantin...agar ianya tidak merebak..kalau setakat potong kaki jangkitannye...dapat dibendung ok..la lagi....yang bernasib baik dapat dineutralkan tapi sekarang dah peringkat membawa maut...

Moga Dato'Hisham dan kementeriannya dapat mencari penawar agar mereka-mereka itu bisa kebah serta berubah ke arah 1MALAYSIA...1NEGARA...MALAYSIA TANAH AIR KITA YANG TERCINTA..AGAR KEHARMONIAN,KEAMANAN,KESEJAHTERAAN NEGARA INI YANG KESEKIAN LAMANYA DIPERJUANGKAN OLEH WARGA YANG TERDAHULU TETAP TERPELIHARA SELAMANYA..

KEPADA PERAJURIT TANAHAIR..DIUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN....

Friday, July 3, 2009

Pakatan Rakyat Yang Tak Berpakat




Seperti yang telah diduga semenjak penubuhan gagasan pakatan rakyat yang dinaungi oleh DSAI, akan nampak kerapuhan kini...maka rakyat Malaysia amnya mestilah dan wajiblah meneliti agenda yang kini cuba dibawakan oleh PR ..
Dalam hal baru-baru ini seperti apa yang terjadi kepada wakil rakyat tunggal DAP di Kedah,
Lee Guan Aik semalam telah mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan berkecuali serta tidak lagi menjadi penyokong kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS iaitu Azizan Razak.

Dalam hal pentadbiran pakatan campuran di Kedah, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su pula mendedahkan bahawa kerajaan negeri Kedah bukan sahaja merobohkan pusat penyembelihan babi di negeri itu tetapi juga merancang untuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina.

Yang pasti, kenyataan tersebut menjadikan pertelingkahan yang selama ini disembunyikan jelas tidak dapat diselesaikan lagi.
Nyata serta jelaslah PAKATAN RAKYAT mempunyai mimpi yang berbeza-beza..maka oleh kerana itulah maka rakyat Malaysia mesti tahu menilaikannya dengan cara rasional dan tidak melibatkan perasaan dengki-irihati sesama kita..maka yang akan hancur....adalah kita...

MAHUKAH KITA MEREMPAT DI TANAHAIR SENDIRI..

Monday, June 15, 2009

‘Sanggup gadai agama, bangsa’

Oleh ZAINI RABAN
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 14 Jun – Gagasan Melayu Perak (GMP) menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menjual dan menggadai apa sahaja termasuk maruah agama, bangsa dan negara semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ia juga jelas menunjukkan bahawa Anwar sebagai seorang pemimpin yang sudah tenggelam punca apabila meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang.

“Kalau boleh kita tafsir kenyataan itu jelas dan nyata ia adalah untuk kepentingan politik peribadinya untuk meraih sokongan orang bukan Melayu khasnya kaum Cina.

“Dia tahu seluruh orang Melayu menentang kemasukan Chin Peng dan tahu perasaan bekas-bekas perajurit negara, tetapi dia tetap juga buat kenyataan seumpama itu.

“Anwar adalah seorang pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk menggadaikan maruah bangsa, negara dan agama demi kepentingan politik peribadinya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Sejahtera & salam..

Nampaknya DSAI ingin mencetuskan keadaan kacau bilau....itulah Yang Maha Esa telah menampakan kredibiliti sebenar penasihat tersebut terhadap negara Malaysia kita yang tercinta ini.....
Sebegini sikap pemimpin yang mereka sanjungkan...maka tersungkur lah nanti....
Wahai rakyat (Satu Malaysia) sedarlah... apa yang pembangkang telah cuba lakukan.......




Saturday, May 30, 2009

Tak Perlu...


Tak payahlah nak bawak ketua komunis tu.....balik.... kita tidak perlukan Komunisme........

Monday, May 11, 2009

Tata Rakyat...

Rasa...ambe...mereka semua itu (PKR) agaknya tak belajar mata pelajaran TATARAKYAT masa sekolah dulu-dulu.. Puas ambe nak terangkan(agenda mereka memang kita sedia maklum) perihal kejadian DUN PERAK yang disiarkan melalui media elektronik...kepada anak ambe yang masih bersekolah....sekali lagi ambe peringatkan kepada anak ambe serta ambe...(bagaimana mereka tu boleh dipanggil Yang Berhormat)sedangkan masyarakat dipertontonkan kejahilan mereka yang dipanggil YB...tu(PKR).

RUKUNEGARA.

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
  • memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

In English:

WHEREAS OUR COUNTRY MALAYSIA nurtures the ambitions of:achieving a more perfect unity amongst the whole of her society;
preserving a democratic way of life;
creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair and equitable manner;
guaranteeing a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions; and
building a progressive society that will make use of science and modern technology.
NOW THEREFORE WE, the people of Malaysia, pledge to concentrate the whole of our energy and efforts to achieve these ambitions based on the following principles:

BELIEF IN GOD
LOYALTY TO KING AND COUNTRY
THE SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
THE RULE OF LAW
COURTESY AND MORALITY