Saturday, May 30, 2009

Tak Perlu...


Tak payahlah nak bawak ketua komunis tu.....balik.... kita tidak perlukan Komunisme........

Monday, May 11, 2009

Tata Rakyat...

Rasa...ambe...mereka semua itu (PKR) agaknya tak belajar mata pelajaran TATARAKYAT masa sekolah dulu-dulu.. Puas ambe nak terangkan(agenda mereka memang kita sedia maklum) perihal kejadian DUN PERAK yang disiarkan melalui media elektronik...kepada anak ambe yang masih bersekolah....sekali lagi ambe peringatkan kepada anak ambe serta ambe...(bagaimana mereka tu boleh dipanggil Yang Berhormat)sedangkan masyarakat dipertontonkan kejahilan mereka yang dipanggil YB...tu(PKR).

RUKUNEGARA.

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
  • memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

In English:

WHEREAS OUR COUNTRY MALAYSIA nurtures the ambitions of:achieving a more perfect unity amongst the whole of her society;
preserving a democratic way of life;
creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair and equitable manner;
guaranteeing a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions; and
building a progressive society that will make use of science and modern technology.
NOW THEREFORE WE, the people of Malaysia, pledge to concentrate the whole of our energy and efforts to achieve these ambitions based on the following principles:

BELIEF IN GOD
LOYALTY TO KING AND COUNTRY
THE SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
THE RULE OF LAW
COURTESY AND MORALITY



Sunday, May 10, 2009

Belajar je tinggi..


Sejahtera...ke atas rakan ku... dan semua warga Malaysia..amnya...

Kekalutan demi kekalutan yang sentiasa akan diusahakan oleh mereka yang tetap iri terhadap kerajaan sekarang yang megah dimata dunia....
Ambe sentiasa mengingati diri dan anak ambe,bahawasanya kesejahteraan tanah tumpah kita yang sekian lama kita nikmati ini adalah hasil kesefahaman,kemuafakatan antara kita semua..begitu juga kepada warga lama yang banyak memerah tenaga bahkan nyawa..dikorbankan demi kesejahteraan Malaysia....tapi kini...antara anak cucu mereka juga yang sanggup memusnahkan hasil usaha keringat & korban nyawa datuk nenek mereka....( Tak Sedorke...).

Ambe juga mengingatkan kepada anak ambe juga agar jagalah maruah DIRI,AGAMA,BANGSA & TANAHAIR..moga tak tergadai......dek mereka ini......
Apabila dah berjaya belajar ke peringkat tinggi serta dihormati nanti.....gunakanlah akal dengan tinggi juga semoga ianya..menjadi contoh serta teladan yang baik kepada mereka yang tak dapat belajar tinggi...jangan jadi seperti mereka ....belajar tinggi......tinggi...konon mereka lah antara terbijak....orang lain semua salah...... mereka buat tak salah.....sampai kan institusi Raja - Raja Melayu pun tak dihormati...

Berhemah tinggilah....wahai anaku khasnya....Amnya....rakyat Malaysia...

( sekali-sekali ma'mun jugok...nengok dia orangnie.).

Wednesday, May 6, 2009

Nak Cari Alasan


Nampaknya..ahli pakatan ini memang mencari alasan untuk menjadikan bahan (sebab) agar mereka dapat menyalahkan kepada kerajaan ....nak cari salah je... dia orang buat salah takpe.....
sekiranya mereka mematuhi arahan semua itu akan berjalan dengan lancar...sehingga pagi td,apa yang diketahui seramai ada yang telah ditangkap oleh polis...

Monday, May 4, 2009

Hati Ambe Berbicara...

Sejahtera........

Terdetik hati mendengarkan perkhabaran diantara sesama kita angkara manusia mencemuh sesama kita.......... ( kes salah sorang warga kaum Cina*PR* membuat petikan ayat Al-Quran) part... ini meh..bior Mufti dan Ahli agama yang jawabnye....

Satu lagi ialah al-kisahnya tentang bahasa BI.... macam -macam bunyi...yang ambe dengar...ada yang bunyinya agak sumbang..... serta tak kurang pula yang berbunyi merdu..... bagi ambe...la.....
Apa-apa pun ambe terfikir sendiri..pada masa zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Terbilang dahulu... siapa agaknya penterjemah bahasa antara pedagang dari luar ( bangsa asing ...budaya asing... serba serbi asing dengan kita orang melayu waktu itu ) apabila mengadap raja....nak tau juga ...adakah orang melayu kita yang jadi penterjemahnya.........hati ambe kata... mesti bangsa asing yang jadi penterjemahnya.......

Bagi kaum Cina/India yang menetap di Tanah Malaysia ini cukup bertuah kerana dapat menguasai bahasa Malaysia serta bahasa ibunda mereka tidak dilupakan juga....tapi bagi bangsa Melayu... berapa kerat je yang boleh menguasai bahasa kaum lain..... di Malaysia ini.. belum lagi untuk bahasa sedunia.... agak jauh kita tertinggal.....hati saya berkata.....